Friday 26 December 2014

Tugasan Blog Post 5 - 8

Tugasan Blog Post seterusnya, sila rujuk maklumat berikut :

Untuk post ke - 5 , tuliskan artikel mengenai Kelebihan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pastikan anda menggunakan sekurang-kurangnya 3 rujukan dan senaraikan rujukan tersebut dalam artikel anda.


Untuk post ke - 6 , tuliskan artikel mengenai Masalah Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pastikan anda menggunakan sekurang-kurangnya 3 rujukan dan senaraikan rujukan tersebut dalam artikel anda.


Untuk post ke - 7 , huraikan apakah yang dimaksudkan dengan Creative Common License dan mengapakah ia perlu diberi perhatian dalam penyampaian maklumat dalam Laman Web.



Untuk Post ke - 8, cari satu perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran. Berikan contoh bagaimana ia boleh digunakan dalam kelas (proses dan apa kelebihannya kepada p&p).

Sebarang pertanyaan mengenai tugasan boleh dibuat pada ruangan komen. Good Luck.

Saturday 20 December 2014

Nota kuliah bagi Web2.0

Web 2.0 adalah website yang memungkinkan adanya interaksi antara pemilik dan pengguna dengan konsep yang lebih mudah dan fleksible.



Rujuk nota berikut untuk maklumat lanjut.
https://www.youtube.com/watch?v=qwJIhZcAd0I


Friday 19 December 2014

Aktiviti carian web

Untuk post ke - 4, carikan satu bahan multimedia (nota, video, animasi dsbnya) yang mengajar satu kemahiran kepada pengguna biasa. Gunakan kemahiran carian menerusi Enjin Carian ( Search Engine) yang telah anda pelajari dalam kelas.

Embed atau link bahan tersebut dalam post anda dan berikan maklumat mengapa capaian tersebut adalah bahan pembelajaran yang baik. Ulasan anda sepatutnya dapat menarik perhatian pembaca untuk membuka capaian tersebut.

Good Luck.